Malaysia Sterile Service Association (MSSA) merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO) di dalam sektor perkhidmatan steril. Mereka aktif mempromosikan kaedah-kaedah terkini dalam industri untuk mencapai penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dengan standard yang tinggi kepada pesakit. Antara gerak kerja mereka ialah dengan menjalankan bengkel-bengkel, seminar dan pameran industri.
Ahli-ahli MSSA terdiri daripada jururawat, matron dan juga mereka yang berkecimpung di dalam industri tersebut. Mereka memerlukan sebuah laman web untuk tujuan menyampaian maklumat. Laman web tersebut haruslah mudah untuk digunakan dan mudah untuk diselenggara. Informasi kepada ahli juga harus dapat dicapai dengan mudah.
Kami di Kacang IT telah menyediakan perkhidmatan berikut kepada MSSA;
- Domain
- Web hosting
- Web development
- Graphics design
Laman web MSSA boleh di akses di www.mssa.com.my