Adakah anda merasakan kos yang dikenakan oleh penyedia penghantaran makanan (food delivery service) seperti Foodpanda atau Grab mahal?
Sudah tiba masanya anda mempunyai website sendiri dan uruskan penghantaran terus kepada pelanggan. Terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan penghantaran seperti lalamove & bungkusit di luar sana. Dengan website sendiri, anda boleh mendapat penjimatan kos operasi dalam jangka masa panjang.
Jom kami kongsikan bagaimana El Humaira berjaya menjimatkan kos mereka.
Nasi Arab El Humaira merupakan salah satu dari pelanggan kami yang berjaya menjimatkan kos pengoperasian mereka dengan menggunakan website sendiri.
Mereka beroperasi di dua cawangan iaitu di Gurun dan Kuala Ketil, Kedah.
Apabila pelanggan melawat laman web El Humaira, mereka boleh memilih cawangan mana yang bersesuaian dengan mereka.

Pelanggan kemudian berupaya memilih makanan dari menu yang disediakan. Bagi El Humaira, mereka menyediakan pelbagai jenis nasi arab yang sememangnya sentiasa mendapat review 5 bintang dari pelanggan.
Setelah selesai membuat pilihan, pelanggan kemudiannya akan membuat check out. Untuk El Humaira, mereka amat selesa menggunakan platform whatsapp untuk langkah akhir tersebut. Oleh itu, apabila pelanggan check out, mereka akan diberikan satu quote menyenaraikan makanan yang dipesan beserta harganya. Urusan rider dan kos rider akan diberikan di dalam whatsapp.

Kami di Kacang IT telah menyediakan perkhidmatan berikut kepada El Humaira;
- Domain
- Web hosting
- Web development
- Graphics design
Laman web El Humaira di akses di www.elhumaira.com